Merupakan kawasan yang sangat penting untuk mewujudkan semula penghubung hutan di dalam CFS.
Perincian Ciri Utama
Berbentuk rangkaian yang berjajar, habitat dan biodiversiti yang tidak terpisah dan kepulauan hutan saling bersambung.
Lokasi
Terletak di antara blok-blok hutan utama dan mempunyai keluasan guna tanah bukan hutan yang terhad.
Perincian Lokasi
Gabungan daripada Hutan Simpanan Kekal (HSK) dan Hutan Tanah Kerajaan (HTK).
Fungsi
Menjadi laluan mamalia besar untuk bergerak ke habitat / mencari bahan makanan daripada satu hutan ke hutan yang lain.
Rangkaian Sekunder
Ciri Utama
Merupakan penyambung kepada rangkaian utama.
Perincian Ciri Utama
Menggunakan konsep stepping stones iaitu gabungan beberapa kumpulan habitat yang sesuai dan direka mengikut koridor sungai, zon riparian, jalur perlindungan, pulau hutan dan kawasan pertanian.
Lokasi
Kawasan bukan hutan yang luas atau jarak yang jauh di antara hutan-hutan atau jumlah tepu bina dan petempatan yang tinggi, tetapi masih lagi penting untuk mengekalkan kesinambungan biodiversiti (sekalipun lebih lemah) di antara hutan.
Perincian Lokasi
Gabungan HSK / HTK, pulau hutan, pertanian, badan air dan tepu bina.
Fungsi
Melibatkan pergerakan beberapa jenis populasi vertebrata kecil dan beberapa spesies mamalia besar.