Skip to main content

CFS PERAK DARUL RIDZUAN

CENTRAL FOREST SPINE

“Memastikan Rangkaian Kawasan Hutan Semenanjung Malaysia dan Biodiversiti Negara Dipelihara Secara Lebih Berkesan dan Berdaya Laksana”

Matlamat

Reconnecting the Forests {Menyambung Kembali Hutan}

Visi & Misi

Central Forest
Spine (CFS)

Central Forest Spine (CFS) adalah gabungan kompleks hutan yang terdiri daripada kawasan Hutan Simpanan Kekal, Hutan Tanah Kerajaan, Taman Negara, Taman Negeri dan Rizab Hidupan Liar dan sebahagian tanah pertanian serta kawasan tepu bina yang menjadi tulang belakang bagi Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) di Semenanjung Malaysia.

Mengenai Central Forest Spine (CFS)

KOMPLEKS HUTAN DALAM CFS

Kawasan CFS mempunyai pelbagai spesies flora dan fauna, termasuk menjadi habitat dan kawasan keliaran hidupan liar, berperanan sebagai kawasan hutan tadahan untuk membekalkan sumber air mentah dan oksigen, mengawal hakisan tanah dan bencana alam, menstabilkan suhu di permukaan bumi dan menyeimbangkan ekosistem, seterusnya menjaga kepentingan pemeliharaan kepelbagaian biologi sebagai warisan alam sejagat. Sumber asli yang amat bernilai tinggi ini perlu dikekalkan dan dipelihara bagi memastikan kemampanan dan kesejahteraan alam sejagat secara keseluruhan.

Keluasan : Terdiri daripada 8 Rangkaian Ekologi dengan keluasan 54,617 hektar bertujuan menghubungkan kompleks hutan yang terputus

Rangkaian Ekologi CFS di negeri Perak

Keluasan : Terdiri daripada 8 Rangkaian Ekologi dengan keluasan 54,617 hektar bertujuan menghubungkan kompleks hutan yang terputus

Senarai 8 Rangkaian Ekologi di negeri Perak (5 Rangkaian Utama & 3 Rangkaian Sekunder)

Rangkaian Utama:

  • A-PL 1 : HUTAN SIMPAN TEMENGOR - HUTAN SIMPAN AMANJAYA - HUTAN SIMPAN BELUM
  • A-PL 2 : HUTAN SIMPAN PADANG CHONG - HUTAN SIMPAN SUNGAI KUAK - HUTAN SIMPAN LAPANG NINERING
  • A-PL 3 : HUTAN SIMPAN BELUKAR SEMANG - HUTAN SIMPAN KENDERONG - HUTAN SIMPAN BINTANG HIJAU
  • A-PL 4 : HUTAN SIMPAN BINTANG HIJAU (LARUT & MATANG) - HUTAN SIMPAN BINTANG HIJAU (HULU PERAK)
  • A-PL 5 : HUTAN SIMPAN BUKIT LARUT - HUTAN SIMPAN BUBU     

Rangkaian Sekunder:

  • A-SL 1 : HUTAN SIMPAN BINTANG HIJAU - HUTAN SIMPAN PAPULUT - HS PIAH
  • A-SL 2 : HUTAN SIMPAN BUJANG MELAKA - HUTAN SIMPAN BUKIT TAPAH - HUTAN SIMPAN BUKIT KINTA
  • A-SL 3 : HUTAN SIMPAN BUBU - HUTAN PAYA LAUT MATANG
Rangkaian Ekologi CFS